🚨 SOALAN TRIAL NI SALAH, ATAU UNCLE YANG PENING? 🤣
Dalam soalan Trial SPM Negeri Sembilan 2026 ini, jejari kolam diberi 5 m.
Tapi apabila uncle semak maklumat dalam rajah, tiga sisi segi tiga sebenarnya ialah:
17 m, 20 m dan 21 m.
Separuh daripada jumlah semua sisi ialah:
(17 + 20 + 21) ÷ 2 = 29 m
Apabila kita mengira luas menggunakan ketiga-tiga sisi tersebut, luas segi tiga ialah:
158.291 m²
Sekarang kita buat semakan mudah.
Untuk bulatan yang menyentuh ketiga-tiga sisi:
Luas segi tiga = jejari × separuh jumlah semua sisi
Kalau jejari benar-benar 5 m:
Luas = 5 × 29 = 145 m²
Eh, kenapa satu cara dapat 158.291 m², tetapi satu lagi dapat 145 m²? 😅
Maksudnya, jejari 5 m itu tidak sesuai dengan ukuran segi tiga yang diberikan.
Jejari sebenar sepatutnya:
Jejari = 158.291 ÷ 29
Jejari ≈ 5.458 m
Jadi jawapan yang konsisten ialah lebih kurang 5.46 m, bukannya 5 m.
Ini bukan masalah rajah tak ikut skala. Maklumat dalam soalan itu sendiri bercanggah.
Moralnya, jangan sekadar tekan kalkulator. Faham konsep, barulah kita boleh kesan apabila soalan pula yang tersilap! 🤘
Amirul Faiz lagi dah selalu detect masalah nih.
Thanks geng geng gila-gila addmath dkt teleram !!! korg lagi tere dari uncle !!!
cc : Kementerian Pendidikan Malaysia Fadhlina Sidek







