Posted in

UNCLE NAK PELAJAR JADI “DESIGNER” MATEMATIK, BUKAN SEKADAR “USER”.

UNCLE NAK PELAJAR JADI “DESIGNER” MATEMATIK, BUKAN SEKADAR “USER”.

Sekarang ni bila orang bincang pasal Matematik, kita selalu bercakap tentang satu benda:

“Budak kena pandai guna rumus.”

Tapi uncle rasa kita patut pergi satu tahap lagi.

Jangan sekadar ajar budak GUNA rumus.

Ajar budak FAHAM dari mana rumus itu datang.

Lebih jauh lagi…

Bagi peluang budak BINA sendiri rumus daripada kefahaman dia.

Itulah beza antara USER dengan DESIGNER.

USER diberikan sesuatu yang siap.

Dia cuma pilih.

Tekan.

Masukkan nombor.

Dapat jawapan.

DESIGNER pula kena faham sistem.

Kenapa benda itu dibuat begitu?

Apa andaian yang digunakan?

Kalau syarat berubah, apa yang perlu diubah?

Boleh tak ada cara lain?

Boleh tak kita bina penyelesaian yang lebih pendek?

Boleh tak kita hasilkan satu hubungan umum daripada beberapa kes tertentu?

Inilah jenis pemikiran yang uncle rasa patut dibina melalui Matematik Tambahan.

Sebab itu kalau uncle diberi peluang mereka semula format AddMath, uncle nak dua kertas itu mempunyai dua fungsi yang sangat berbeza.

KERTAS 1 — BUILD MATHEMATICS.

100 markah.

Tak guna kalkulator.

Tak ada senarai rumus.

Tapi jangan pula kita seksa budak dengan nombor pelik-pelik.

Nombor biar cantik.

Integer.

Pecahan mudah.

Sudut istimewa.

Nilai exact.

Sebab dalam Kertas 1, kita bukan nak test siapa paling laju tekan kalkulator.

Kita nak test:

“KAU FAHAM TAK MATEMATIK DI SEBALIK RUMUS?”

Kalau lupa rumus, boleh tak bina balik?

Kalau diberi beberapa kes, boleh tak nampak pattern?

Boleh tak generalise?

Boleh tak prove?

Boleh tak derive?

Boleh tak explain kenapa sesuatu kaedah itu berfungsi?

Contoh paling mudah.

Jangan semata-mata suruh budak guna rumus jumlah Janjang Aritmetik.

Tanya:

“Kalau rumus itu tak pernah diberikan kepada anda, boleh tak anda bina sendiri?”

Bila budak boleh bina,

maknanya dia faham.

Kalau dia cuma boleh substitute,

mungkin dia cuma USER.

Dan Kertas 1 patut banyakkan soalan begini:

PROVE.

DERIVE.

EXPLAIN.

COMPARE.

GENERALISE.

FIND ANOTHER METHOD.

SHOW WHY.

Benda macam inilah yang boleh melatih kreativiti matematik.

Kemudian KERTAS 2 pula lain.

KERTAS 2 — APPLY MATHEMATICS.

100 markah juga.

Kalkulator boleh guna.

Rumus boleh bagi.

Malah uncle tak kisah kalau senarai rumus panjang.

Sebab Kertas 2 bukan nak test hafalan.

Dia nak test:

“KAU TAHU TAK BILA NAK GUNA BENDA TU?”

Ini yang penting.

Sekarang kalau kita bagi soalan ikut bab:

Bab ni differentiation.

Bab ni integration.

Bab ni vector.

Sebenarnya sebahagian daripada kerja berfikir itu kita dah buat untuk pelajar.

Kita dah beritahu alat apa yang dia perlu guna.

Dalam dunia sebenar tak ada orang datang dekat kita lalu cakap:

“Encik, ini masalah differentiation.”

Masalah datang sebagai MASALAH.

Contohnya:

Kos.

Reka bentuk.

Trajektori.

Aliran air.

Penggunaan tenaga.

Data trafik.

Pertumbuhan populasi.

Keuntungan syarikat.

Sudut bangunan.

Barulah pelajar kena fikir:

“Aku kena guna apa dekat sini?”

Function?

Graph?

Progression?

Trigonometry?

Differentiation?

Integration?

Probability?

Atau kena campur beberapa benda sekali?

Itulah DESIGN.

Dan skema pemarkahan pun kena berubah.

Kalau kita nak budak kreatif, tapi skema cuma terima satu jalan…

susah.

Budak akan belajar satu benda:

“Jangan fikir pelik-pelik. Ikut je cara skema.”

Padahal mungkin budak itu nampak jalan 3 baris sedangkan skema buat 10 baris.

Kalau kaedah dia sah secara matematik…

BAGI MARKAH.

Kalau dia ada idea bagus…

BAGI MARKAH.

Kalau jawapan akhir tersilap arithmetic kecil tetapi model, hujah dan reasoning dia betul…

jangan bunuh semua markah.

Kita nak lahirkan pelajar yang berani fikir.

Bukan pelajar yang takut kalau cara dia tak sama macam buku.

Uncle selalu percaya satu perkara:

Matematik bukan sekadar mencari jawapan.

Matematik ialah belajar bagaimana hendak BERFIKIR.

Dan sebab itulah uncle suka idea ini:

KERTAS 1 = BUILD.

KERTAS 2 = APPLY.

Satu kertas suruh pelajar BINA matematik.

Satu lagi suruh pelajar GUNA matematik.

Akhirnya kita bukan nak lahirkan generasi yang sekadar pandai menggunakan tool.

Kita nak lahirkan generasi yang suatu hari nanti boleh CIPTA tool.

Bukan sekadar USER.

Tapi DESIGNER.

#gilagilaaddmath
#AddMath
#MatematikTambahan
#BelajarBerfikir
#MatematikBukanHafalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *