Posted in

Hasil Tambah Janjang Arimetik Formula Median

Biasa kalau janjang, kena buat persamaan serentak. Fuhh pening juga. Kalau tgk step biasa, kena main value yang pening kepala juga.Kalau silap letak, boleh kecundang jugak.

Uncle jumpa satu benda dalam janjang arimetik nih.

1) FORMULA Sn=nTmedian .
Kalau korang rajin buat penelitian, Sn ni sebenarnya hasil darab sebutan tengah dgn nilai sebutan. Uncle jumpa formula ni masa saja buat soalan janjang.

2) Ta=Tb+(a-b)d
Formula ni lagi kacang. Bila uncle dah ada sebutan, nak cari beza sepunya terlampau senang. Kalau kita faham janjang, kita boleh faham benda nih.

Guna dua formula ni, konsep nih,uncle terus dapat S15. Yang lagi best, uncle tak cari pun sebutan pertama T1.

Satu lagi, uncle tak guna pun teknik persamaan serentak.

Tapi uncle nak cakap, cikgu korang mesti tolak markah 🤣 .

Ataupun cuba korang tunjuk cara ni dekat cikgu, apa kata diorg ?. Formula Sn=nTmedian(janjang arimetik sahaja) ni lagi takde dalam buku, tapi sangat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *